United Jangkakan Mereka Tidak Akan Dapat Khidmat Wesley Sneijder Buat Masa Ini

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Manchester United tidak menjangkakan yang mereka akan dapat membeli pemain antarabangsa Belanda, Wesley Sneijder dari Inter Milan sebelum tempoh perpindahan tamat hujung bulan ini.

Walaupun juara Liga Perdana musim lalu itu enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai status tersebut tetapi adalah difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill telah pun mencapai kata sepakat bersama lembaga pengarah bahawa United mahu pendirian mereka diketahui iaitu tidak akan memburu tandatangan pemain Belanda itu buat masa ini.

Isu yang berlegar sekitar perpindahan Sneijder dari Milan ke United ialah bukanlah soal bayaran tetapi soal gajinya yang terlalu tinggi dan United enggan berganjak daripada menukar polisi struktur gaji pemain mereka melainkan Sneijder sendiri bersedia untuk menerima bayaran yang jauh lebih rendah dari apa yang diperolehinya di Milan.

Jika United mahu mendapatkan khidmat Sneijder mereka perlu sekurang-kurangnya membayar £12 juta setahun bersamaan dengan £1 juta sebulan.

Pada masa yang sama, United juga terpaksa mengubah polisi pembelian pemain yang tidak melebihi £30 juta untuk mana-mana pemain yang berusia 26 tahun ke atas.

United hanya pernah membuat pengecualian sekali sahaja iaitu ketika mendapatkan khidmat Berbatov dari Tottenham tiga tahun lalu, yang mana pemain Bulgaria tersebut telahpun berusia 27 tahun ketika mereka membelinya pada harga £30.7 juta.

Dan ketika United membeli Berbatov, Gill menyifatkannya sebagai "yang terakhir untuk membeli pemain berusia 27 tahun pada harga £30 juta."

Sneijder telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 Jun lalu.

United mengamalkan polisi ini kerana pemain yang mencapai umur 26 tahun ke atas akan secara automatiknya kehilangan nilai penjualan semula menjelang berakhirnya kontrak mereka yang biasanya selama empat atau lima tahun.

Walau apa sekali pun, Sir Alex Ferguson telah pun membelanjakan £50 juta untuk mendapatkan Ashley Young, Phil Jones dan David de Gea.

Sneijder sendiri tidak menafikan bahawa telah ada perbincangan tidak rasmi dengan United.

Inter telah menawarkan Sneijder kepada Manchester City beberapa minggu lalu tetapi ia senyap begitu sahaja tanpa sebarang jawapan yang konkrit.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan