Perlawanan Pembukaan EPL Masih Belum Diputuskan

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PIHAK polis masih memantau keadaan rusuhan di London sebelum membuat keputusan untuk membenarkan sama ada pembukaan musim baru perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dapat diteruskan atau tidak hujung minggu ini.

Perlawanan liga ini boleh menunggu sehingga esok (Jumaat) untuk membuat keputusan dan Liga Bola Sepak akan mengumumkan keputusan terbaru mengenai perkara ini secepat mungkin.

Selepas tiga malam, keadaan hura hara semakin berkurangan walaupun beberapa lokasi utama untuk melangsungkan perlawanan EPL turut terganggu.

Pasukan Tottenham akan menentang Everton, Queen Park Rengers (QPR) tuan rumah kepada perlawanan bertemu Bolton manakala Fulham bakal melayan kunjungan Aston Villa. Lokasi Ketiga-tiga perlawanan ini merupakan kawasan yang turut terganggu dengan rusuhan.

Sumber polis mengatakan:“Ketiga-tiga kawasan ini (di London) berhadapan dengan risiko yang agak rendah dan mereka tidak memerlukan jumlah polis yang ramai, namun semua cuti anggota polis telah dibatalkan dan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Saya boleh bayangkan jika keadaan berlaku lagi, ia mungkin pada hari Jumaat dan Sabtu ketika perlawanan sedang berlangsung. Dan kami tidak rasa kami akan memberi perhatian kepada perlawanan itu berdasarkan keadaan sekarang”.

Sementara itu, Fulham berharap perlawanan dapat diteruskan mengikut jadual dan pemilik QPR, Bernie Eccleston (gambar) turut optimistik mengenai perkara ini.

“Saya telah bercakap dengan dengan pegawai kelab dan mereka turut yakin untuk melihat perlawanan ini diteruskan. Pihak polis juga turut dilihat menguruskan perkara ini.

"Tidak ada banyak benda yang boleh dilakukan pada perlawanan ini, jadi ia tidak akan menarik minat golongan yang telah aktif beberapa hari lalu.

“EPL ditayangkan di seluruh dunia. Jadi ia merupakan satu keadaan yang buruk untuk England jika perlawanan ditangguhkan lebih-lebih lagi negara ini akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik.

"Kamu boleh bayangkan jika keadaan ini berlaku ketika sukan itu berlangsung. Ia sangat teruk,” jelas Eccleston.

Selain itu terdapat lima perlawanan yang akan berlangsung hujung minggu ini termasuk Manchester United bertemu Albion (Ahad) dan Manchester City melawan Swansea.

“Pihak polis telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” kata Pengerusi Liga Bola Sepak, Greg Clarke.

Pengurus Liverpool Kenny Dalglish yang menerajui The Reds buat kali pertama sejak 1990 pula menggunakan lawan web rasmi kelab itu merayu kepada semua Liverpudlians agar berganding bahu.

“Bandar ini telah melalui perkembangan yang menakjubkan dan tiada siapa yang mahu melihat reputasi ini rosak sejak beberapa hari lalu.

“Untuk kebaikan semua, marilah kita menamatkan keadaan ini sekarang dan bekerja sama memberi faedah kepada semua komuniti,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan