Pemain-pemain Spurs Bimbang Rusuhan Akan Jejaskan Perlawanan Pertama Tentang Everton

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MONTPELLIER: Pemain pertahanan Perancis dari kelab Tottenham Hotspurs, Younes Kaboul menyatakan rasa bimbangnya bahawa perlawanan pembukaan kelabnya menentang Everton Sabtu ini terpaksa dibatalkan ekoran rusuhan yang semakin berleluasa di seluruh England sekarang.

Malah beberapa kejadian kebakaran dan vandalisma dilaporkan berlaku berhampiran dengan stadium Spurs iaitu White Hart Lane, hujung minggu baru-baru ini.

"Kami semua sangat terkejut dengan rusuhan yang berlaku apatah lagi ia berlaku berhampiran dengan stadium kami," kata Kaboul.

Malah katanya, keselamatan penyokong yang menjadi keutamaan mereka dan jika situasi masih belum pulih bagi membolehkan para penyokong kelab datang ke stadium adalah wajar pihak FA dan juga pengurusan liga memikirkan keselamatan semua pihak.

Rusuhan telah tercetus di sekitar bandar London termasuk berhampiran kawasan Tottenham di Utara London berikutan kematian seorang lelaki tempatan yang ditembak oleh polis minggu lalu.

Lelaki berkenaan Mark Duggan, yang mempunyai empat orang anak telah ditembak ketika dia sedang berada di dalam teksi dalam apa yang disebut sebagai kejadian tembak menembak dengan pihak polis.

Bagaimanapun rusuhan mula meletus apabila tersebarnya berita yang mengatakan ujian balistik menunjukkan pihak polis telah melepaskan tembakan tanpa sebarang ancaman oleh Duggan.

Rusuhan itu kini telah merebak ke bandar-bandar lain seperti Birmingham, Leeds, Manchester dan Liverpool.

Kelab Bahagian Dua, West Ham United telahpun membatalkan perlawanan mereka hujung minggu ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan