Hernandez Terlepas Peluang Bertemu City

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan pada Jumaat bahawa Javier Hernandez (gambar) adalah antara tiga tonggak utama yang akan terlepas perlawanan pembuka tirai menentang Manchester City akibat kecederaan.

Bintang Mexico yang menjaringkan 13 gol pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu sedang berusaha untuk memulihkan kecederaan yang dialami ketika bertemu Amerika Syarikat (AS) pada siri jelajah pra musim.

Turut diketepikan pada perlawanan Perisai Komuniti di Wembley pada Ahad adalah pemain tengah Michael Carrick dan pemain pertahanan Rafael yang bergelut dengan kecederaan ketika menentang Barcelona pada perlawanan persahabatan minggu lalu.

Hernandez dijangka pulih sepenuhnya akhir bulan ini sekaligus menyekat impiannya untuk beraksi pada pemulaan kempen musim ini termasuk menentang West Bromwich Albion pada Ahad.

"Selepas mengambil kira masalah yang kami lalui beberapa tahun lalu, kami kini mengambil langkah selamat," kata Ferguson.

Perlawanan Ahad ini mempertemukan juara EPL dengan pemenang Piala FA.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan