Perlawanan Persahabatan Malaysia-Oman Ditunda

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Oman yang dijadual 10 Ogos ini telah ditunda.

Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan Rabu berkata sementara menanti tarikh baru yang akan ditetapkan, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad "The Red Giants" Selangor.

Perlawanan persabahatan Harimau Malaya-Selangor itu akan diadakan pada pukul 10 malam, Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Seramai 25 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan persediaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Oman melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya, Rabu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan