Bola Sepak Akan Diadakan Di Stadium Gelora Bung Karno, Lebak Bulus

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sukan SEA Indonesia, Gelora Bung Karno, Jakarta, Lebak Bulus,

KUALA LUMPUR: Perlawanan bola sepak Sukan SEA Indonesia pada November ini akan diadakan di dua venue iaitu stadium Gelora Bung Karno di pusat bandar Jakarta dan stadium Lebak Bulus, di selatan pusat bandar.

Jawatankuasa penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) dipetik oleh Jakarta Post sebagai berkata stadium Gelora Bung Karno mempunyai kapasiti 88,000 penonton manakala stadium Lebak Bulus boleh memuatkan 15,000 penonton.

Keputusan untuk menjadual semula semua venue perlawanan bola sepak ke Jakarta dibuat selepas tuan rumah bersama, Palembang, secara rasmi mengesahkan ia tidak boleh menjadi tuan rumah pada perlawanan kelayakan kumpulan sebelum majlis perasmian Sukan SEA pada 11 November ini.

Stadium Jakabaring di Palembang dijangka dikecualikan daripada semua aktiviti menjelang majlis perasmian itu.

Indonesia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-26 di dua venue, Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 22 November.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan