Bola Sepak Akan Diadakan Di Stadium Gelora Bung Karno Dan Lebak Bulus

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlawanan bola sepak Sukan SEA Indonesia pada November ini akan diadakan di dua venue iaitu stadium Gelora Bung Karno di pusat bandar Jakarta dan stadium Lebak Bulus, di selatan pusat bandar.

Jawatankuasa penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) dipetik oleh Jakarta Post sebagai berkata stadium Gelora Bung Karno mempunyai kapasiti 88,000 penonton manakala stadium Lebak Bulus boleh memuatkan 15,000 penonton.

Keputusan untuk menjadual semula semua venue perlawanan bola sepak ke Jakarta dibuat selepas tuan rumah bersama, Palembang, secara rasmi mengesahkan ia tidak boleh menjadi tuan rumah pada perlawanan kelayakan kumpulan sebelum majlis perasmian Sukan SEA pada 11 November.

Stadium Jakabaring di Palembang dijangka dikecualikan daripada semua aktiviti menjelang majlis perasmian itu.

Indonesia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-26 di dua venue, Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 22 November. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan