Perak Dijangka Guna Khidmat Tiga Pemain Luar Hadapi Piala Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Skuad Seladang dijangka menggunakan khidmat pemain daripada pasukan Perlis, Harimau Muda dan Universiti Sains Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 9 September ini.

Ketua pasukan Shahrulnizam Mustapha berkata nama pemain tersebut akan diumumkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dalam masa terdekat sebaik sahaja pemain berkenaan selesai menandatangani kontrak.

"Ketiga-tiga pemain itu sedang berusaha membentuk persefahaman mantap bersama-sama pemain lain. Dengan kehadiran mereka saya percaya barisan serangan Perak akan lebih menyengat dan berbisa," katanya di sini Isnin.

Beliau berkata kesemua pemain perlu meningkatkan lagi persefahaman sesama sendiri agar corak dan strategi permainan pasukan Perak lebih teratur.

Katanya skuad Seladang berazam mencatat keputusan lebih baik dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Pada pertengahan bulan lepas, Pafa telah memanggil lapan pemain masing-masing pemain tengah dan serangan.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu dikatakan menghadapi masalah ketumpulan jentera serangan ekoran penyerang utama Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengalami kecederaan yang berpanjangan.

Perak sebelum itu turut kehilangan seorang lagi penyerang utama apabila kontrak Razali Umar Kandasamy ditamatkan pada 1 Jun lalu kerana masalah disiplin.

Perak hanya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA dan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan