25 Pemain Dipanggil Jalani Latihan Skuad Kebangsaan

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 25 pemain termasuk pemain senior Norhafiz Zamani Misbah dipanggil untuk menjalani latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Selain Norhafiz, turut dipanggil ialah penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali dan ketua pasukan Safiq Rahim.

Menurut kenyataan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada Isnin, kesemua pemain diminta melapor diri di Wisma FAM pada pukul 4 petang Rabu ini.

Pemain lain yang turut dipanggil ialah Amar Rohidan, Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zamri, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Farizal Marlias, S. Kunalan, Mohd Ashaari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee.

Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahaya, Ismail Faruqi Ashari, Mohd Farisham Ismail, Joseph Kalang Tie, S. Chanturu, Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid, Mohd Shakir Shaari, Mohd Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali, Shahrizal Mohd Saad dan Mohd Faizal Muhamad.

Sesi latihan di bawah kendalian jurulatih Datuk K. Rajagobal akan berlangsung selama lima hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Oman untuk mengadakan perlawanan persahabatan dari 8 hingga 10 Ogos. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan