Singapura Jumpa China, Jordan Dan Iraq Pada Pusingan Ketiga Piala Dunia 2014 Zon Asia - Bola Sepak | mStar

Singapura Jumpa China, Jordan Dan Iraq Pada Pusingan Ketiga Piala Dunia 2014 Zon Asia

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura, yang menyingkirkan Malaysia pada pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia Khamis lalu, akan berdepan dengan China, Jordan dan Iraq pada pusingan ketiga pusingan kelayakan tersebut.

Undian perlawanan pusingan awal Piala Dunia Brazil 2014 diadakan di Rio de Janeiro, sabtu.

Singapura, yang menewaskan Malaysia dengan agregat 4-6, diletakkan dalam Balang 4 pusingan ketiga zon kelayakan Asia bersama Thailand, Indonesia, Korea DPR dan Lubnan.

Lagenda bola sepak Brazil, Zico, bersama bintang baru Lucas dari Sao Paolo, mengendalikan undian bagi kumpulan zon Asia itu.

Semasa undian itu, Singapura diletakkan dalam Kumpulan A bersama China, Jordan dan Iraq.

Jadual:

2 September - China mln Singapura 6 September - Singapura mln Iraq

11 Oktober - Singapura mln Jordan

11 November - Jordan mln Singapura

15 November - Singapura mln China

29 Februari (2012) - Iraq mln Singapura - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan