Man Utd Belasah MSL All Stars 4-0

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED telah memperlihatkan betapa mereka memiliki bakat-bakat barisan hadapan yang semulajadi apabila merekodkan jaringan gol sebanyak 18 kali dalam empat perlawanan persahabatan jelajah Amerika.

Yang terbaru mereka membenamkan pasukan America All Star 4-0 dengan gol-gol dijaringkan oleh Anderson, Park Ji-sung, Dimitar Berbatov dan Danny Welbeck.

Ia juga adalah jaringan gol pertama Berbatov sepanjang siri jelajah Amerika selepas mengalami trauma diketepikan oleh United ekoran keputusan Sir Alex Ferguson tidak menyenaraikannya langsung dalam barisan simpanan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah penghujung musim lalu.

Dalam perlawanan menentang MLS All Star, Ferguson telah menurunkan 20 orang pemain keseluruhannya dengan hanya Phil Jones dan Patrice Evra bermain penuh 90 minit perlawanan.

Jones, pemain muda yang baru dibeli dari Blackburn Rovers dengan harga £16 juta tidak langsung berhadapan dengan cabaran mengendalikan barisan pertahanan manakala di gawang gol, Anders Lindegaard diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya.

Lindegaard kemudiannya memberi laluan kepada Ferguson menguji seorang lagi penjaga gol muda Ben Amos selepas separuh masa pertama.

Park pula menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan menjaringkan tiga gol sepanjang siri jelajah ini.

Ferguson merehatkan sepenuhnya De Gea, Ryan Giggs dan Rafael da Silva sementara penyerang Mexico, Javier Hernández tidak disenaraikan langsung selepas pasukan perubatan mendapati dia mengalami gegaran pada kepala sewaktu sesi latihan pada Selasa.

MLS All-Stars (4-3-2-1): Mondragon (Hall, h-t, Keller, 83); Franklin (Beckerman, h-t), Olave (Cameron, 38), Ream (Besler, 76), Convey (Ashe, 62); Joseph (LaBrocca, h-t), Beckham, Davis (Jewsbury, 62); Cummings (Pearce, h-t), Henry (Wondolowski, h-t); Bravo (Agudelo, 81).

Manchester United (4-2-2-2): Lindegaard (Amos, h-t); Jones, Ferdinand (Smalling, 61), Vidic (Diouf, 73), Evra; Carrick (Cleverley, 61), Anderson (F da Silva, 73); Park (Nani, 61), Young (Welbeck, 61); Rooney (Macheda, 61), Berbatov (Owen, 61).

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan