United Tawar Sambungan Kontrak 2 Musim Lagi Kepada Park Ji-sung

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED telah menawarkan sambungan kontrak selama dua musim lagi kepada pemain tengah dari Korea Selatan, Park Ji-sung.

Baki kontrak semasa Park hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi dan tawaran sambungan kontrak ini bakal menyaksikan pemain paling berbakat yang pernah dilahirkan oleh Korea Selatan akan terus berada di United sehingga ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Park dilaporkan bersetuju untuk terus berada di United walaupun menyedari hakikat bahawa kehadiran Asley Young dari Aston Villa akan menyaksikan persaingan merebut tempat di barisan tengah menjadi semakin sengit.

Sejak berpindah ke United dari PSV Eindhoven pada tahun 2005, Park telah memenangi empat kejuaraan liga.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan