Polis Tempatkan Anggota Secukupnya Di Stadium Bukit Jalil, Khamis

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menempatkan anggota yang secukupnya esok bagi mengawal keadaan di luar dan dalam Stadium Nasional di Bukit Jalil, venue perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis trafik pula akan mengawal lalu lintas di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil mulai tengah hari Khamis.

"Jalan-jalan di sekitar Kompleks Bukit Jalil akan dikawal bermula tengah hari esok sehingga selesai perlawanan supaya keadaan lalu lintas berjalan lancar," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini Rabu.

Mohan Singh berkata meskipun pihak polis telah membuat perancangan terperinci, kerjasama penyokong bola sepak juga diperlukan bagi mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

"Kami minta penyokong Malaysia dan Singapura tidak membawa barang-barang yang dilarang pihak berkuasa seperti kayu, mercun, bunga api dan sebagainya," katanya.

Beliau juga berharap agar penyokong-penyokong berdisiplin serta mempamerkan sikap yang matang ketika menyaksikan perlawanan itu bagi menjaga imej yang baik kepada negara lain.

Kesemua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di sini malam esok dilaporkan habis dijual.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan