Masa Perkhidmatan LRT, Monorail Dilanjutkan Khamis Ini

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Waktu operasi perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel akan dilanjutkan sempena perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, Khamis ini.

Pengurus media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan laluan LRT Ampang terus ke stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 tengah malam manakala laluan LRT Kelana Jaya dan KL Monorel akan dilanjurkan sehingga 1 pagi.

Bagaimanapun, waktu lanjutan operasi bagi laluan Kelana Jaya hanya untuk kemasukkan di stesen Majid Jamek dan stesen Hang Tuah bagi KL Monorel.

Azhar berkata operasi perkhidmatan biasa LRT dan KL Monorel akan tamat pada pukul 11.45 malam.

Prasarana merupakan pengendali perkhidmatan LRT, KL Monorel dan perkhidmatan bas RapidKL.

Azhar juga menasihatkan peminat bola sepak spaya membeli tiket perjalanan dua hala bagi mengelak kesesakan selepas perlawanan itu.

"Kami akan membuka kaunter khas untuk menjual tiket perjalanan dua hala mulai pukul 3 petang pada hari Khamis di stesen pertukaran di Masjid Jamek, Hang Tuah dan Bandar Tasek Selatan," katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan