Ahmad Shabery Yakin Harimau Malaysa Mampu Bangkit

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Pasukan bola sepak skuad Harimau Malaya tidak mustahil dapat mencipta kemenangan ketika bertemu sekali lagi dengan Singapura pada kejohanan kelayakan Piala Dunia 2014 di gelanggang sendiri Khamis ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan prestasi ketika perlawanan menentang Taiwan sebelum ini, adalah tidak mustahil pasukan negara dapat mencipta kemenangan.

"Saya yakin pasukan negara mampu memperoleh kemenangan 2-0 atau 3-1 atau 4-2 pada perlawanan menentang pasukan Singapura sekaligus membalas dendam pada kekalahan Sabtu lepas," katanya selepas merasmikan Hari Pelancaran Logo Belia Sihat Ranaco Group di sini, Isnin.

Ahmad berkata, beliau tidak menafikan prestasi pemain skuad kebangsaan khususnya di benteng pertahanan agak longgar dan lemah.

"Tetapi kita yakin jurulatih (Datuk K. Rajagobal) ada ramuan tersendiri dan mampu memperbaiki kelemahan yang ada terutama di barisan pertahanan sekaligus dapat mencipta kejutan pada perlawanan ulangan itu," katanya.

Pada perlawanan Sabtu lepas yang berlangsung di Singapura, pasukan republik itu, mengatasi pasukan negara dengan jaringan 5-3.

Sementara itu Ahmad Shabery akan meraikan atlet memanah, Khairul Anwar Mohamad yang akan mewakili negara ke sukan Olimpik di London tahun depan pada Karnival Emping Padi di Kampung Dadong di sini Jumaat ini.

Beliau berkata, Khairul Anwar adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Air Puteh di sini, bersama-sama dua atlet memanah lain yang merupakan pasukan pertama dari negara ini yang berjaya ke acara sukan besar itu.

"Saya berharap kejayaan yang ditunjukkan Khairul Anwar akan menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam bidang sukan sekaligus dapat mengharumkan nama negara," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan