Sime Darby Layak Ke Piala Malaysia Selepas Menang Besar Di Kuantan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pasukan Sime Darby berjaya merebut tempat ke Piala Malaysia apabila membelasah Pahang dengan agregat 6-0 pada perlawanan 'play off' kedua di Stadium Darul Makmur malam Jumaat.

Kelebihan empat gol pada perlawanan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lepas, meniupkan semangat kental buat pasukan bimbingan Ismail Zakaria untuk menambah dua gol di tempat lawan bagi melengkapkan kemenangan dengan agregat 6-0.

Perlawanan babak pertama berlangsung secara seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan bagi mencipta gol.

Namun, pada separuh masa kedua, Pahang terus ditekan menerusi jaringan tambahan Sime Darby hasil rembatan Mohd Faizal Esahar dari dalam kotak penalti pada minit ke-46.

Seminit kemudian, pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Sime Darby A.Varathan selepas mengasari Mohd Munir Amran, yang turut menerima kad merah kerana bertindak balas terhadap asakan berkenaan.

Kekurangan seorang pemain tidak menghadkan asakan Sime Darby apabila menambah jaringan pada minit ke-80 hasil lorongan Mohd Raimi Mohd Noor ke depan gawang sebelum disempurnakan Mohd Faizal Mansor. Pada perlawanan sebelum ini, Sime Darby memperoleh empat gol menerusi jaringan Mohd Faizal Esahar, Mohd Nor Ismail, Yusri Abas dan Mohd Badrul. – BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan