Peminat Dinasihat Jangan Beli Tiket Perlawanan Malaysia-Singapura Secara Online

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Peminat bola sepak dinasihat jangan membeli tiket di e-bay untuk menyaksikan perlawanan awal antara Malaysia dan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Sabtu.

Timbalan Pengarah Bagi Pemasaran dan Pertandingan, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) Ridzal Saat berkata mereka yang gagal mendapatkan tiket boleh menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi skrin besar yang diletakkan berhampiran stadium berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Stadium Jalan Besar hari ini, beliau berkata mereka tidak perlu membeli tiket di e-bay kerana harganya mencecah S$400 setiap satu.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa, namun peminat yang tidak mempunyai tiket dinasihatkan menonton skrin besar yang memaparkan perlawanan itu secara langsung," katanya yang turut menafikan FAS mempunyai kaitan dengan penjualan tiket secara online.

Ridzal juga berkata pihaknya tidak tahu jumlah tiket yang dijual atau diletakkan untuk dibida menerusi laman web.

Jerry Jamal, 51, yang mendakwa sebagai peminat bola sepak warga Singapura berkata FAS tidak sepatutnya membuka talian bidaan bagi tiket berharga S$15 sehingga menyebabkan harganya melambung kepada S$400 bagi setiap tiket.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menyebabkan perlawanan tersebut diatur," katanya ketika menghubungi Bernama Jumaat. – BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan