Harimau Malaya Mahu Tentang Singa Habis-Habisan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia tidak akan bergantung pada rekod masa lalu tetapi akan menentang Singapura habis-habisan dalam perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini, Sabtu.

Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal berkata beliau sangat positif dengan skuadnya tetapi tidak akan membandingkan pencapaian skuad kebangsaan ketika menentang Singapura di masa lalu.

"Mesti difahami bahawa kita kini mempunyai situasi dan pemain yang berbeza. Kita hanya perlu memikirkan tentang apa yang akan kita lakukan esok dan bukan rekod masa lalu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata Harimau Malaya akan cuba "membunuh" Singa Singapura di padang mereka sendiri tetapi pada masa yabng sama berkata pihak lawan perlu dihormati dan tidak boleh dipandang rendah.

Rajagobal mahu anak buahnya memberi komitmen 100 peratus sebagai sebuah pasukan dan tidak mempersia-siakan sebarang peluang yang ada untuk menghasilkan gol.

Ketua pasukan Shafiq Rahim pula berkata beliau dan rakan-rakannya tidak memikirkan perkara lain tetapi hanya mahu layak ke pusingan seterusnya.

Mereka memiliki kekuatan mental untuk menghadapi pemain Singapura malam esok, katanya.

Shafiq turut mengakui beliau dan rakan-rakannya merasai tekanan tetapi tetap akan memberi komitmen penuh dan mahu mencipta satu lagi sejarah buat bola sepak negara.

Jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata selepas menyaksikan video permainan pasukan Malaysia, beliau merasa positif pasukannya mempunyai peluang.

Matlamat sekarang ialah untuk menang, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan