Cole, Anelka Sedia Beraksi Menentang Skuad Pilihan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anelka memantau aksi kanak-kanak yang menyertai klinik bola sepak bersama Kelab Bola Sepak di Chelsea Blue Pitch, Damansara Damai, Rabu.Foto: S.S.KANESAN/THE STAR)
Anelka memantau aksi kanak-kanak yang menyertai klinik bola sepak bersama Kelab Bola Sepak di Chelsea Blue Pitch, Damansara Damai, Rabu.Foto: S.S.KANESAN/THE STAR)

PETALING JAYA: Pemain pertahanan kelab Chelsea, Ashley Cole, berazam mengekang pergerakan skuad negara pada perlawanan persahabatan di sini, Khamis.

Cole, yang berpindah dari kelab Arsenal ke Chelsea pada 2006, sudah pasti tidak memandang ringan skuad Malaysia kerana sedar pasukan lawan itu akan berjuang berhabis-habisan dengan membariskan sebilangan pemain berpengalaman.

"Saya tidak akan memandang ringan kemampuan skuad Malaysia. Perlawanan esok pasti sengit dan kami janji akan memberi pengalaman manis kepada penyokong Chelsea di Malaysia," katanya.

Pemain antarabangsa England ini turut menjaringkan enam gol dalam musim EPL lalu, berharap supaya cuaca baik pada perlawanan malam esok bagi mengelak keletihan akibat kelembapan tinggi.

Sementara itu, rakan sepasukan Nicolas Anelka berkata perlawanan esok bukan mudah seperti yang dianggap oleh sebilangan peminat.

"Saya fikir Malaysia akan bermain bersungguh-sungguh dan saya pasti ianya pertemuan yang sukar sekali tetapi kami akan cuba terbaik untuk menghiburkan peminat Malaysia," kata penyerang dari Perancis itu.

Anelka berkata beliau berharap pengurus baru, Andre Villas-Boas, akan mengembalikan semula kegemilangan pasukan itu dengan menjuarai Piala Liga musim ini.

"Dia (Villas-Boas) sangat handal dan kami berlatih dengan gigih sebelum pra musim bermula bulan depan. Saya masih mempunyai kontrak setahun lagi dengan Chelsea dan mungkin kita akan bersedia merangkul kejuaraan musim depan," katanya.

Chelsea akan menentang pasukan pilihan skuad Olimpik Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam, Khamis.

Pada pertemuan terakhir pada 2008, pasukan 'The Blues' telah mengalahkan skuad kebangsaan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Selepas perlawanan hari ini, Chelsea akan meneruskan siri perlawanan persahabatan mereka dengan menentang Thailand All Stars di Bangkok, Ahad ini, kelab Hong Kong, Kitchee FC pada 27 Julai dan Aston Villa pada 30 Julai ini.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Ashley Cole , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan