Sir Alex Puji Semangat & Sikap Positif Berba

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson pada Rabu telah memuji sikap dan semangat positif yang ditunjukkan oleh Dimitar Berbatov dalam sesi latihan setakat ini setelah kecewa tidak disenaraikan langsung untuk bermain dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah menentang Barcelona musim lalu.

Kegagalan Berbatov untuk berada mahupun dalam senarai bangku simpanan telah merobek semangatnya dan ramai pemerhati yang melihat ini sebagai petanda berakhirnya kerjaya beliau di Old Trafford walaupun muncul sebagai penjaring gol terbanyak liga.

"Ya...saya memahami situasi Berba tetapi kali terakhir saya memilih pemain yang sama setiap minggu adalah tiga tahun yang lalu," jelas Ferguson.

Di sebalik jaminan yang diberikan oleh Ferguson bahawa Michael Owen akan memperolehi lebih banyak peluang untuk bermain musim hadapan selepas menandatangani perlanjutan kontrak selama setahun lagi tetapi pada masa yang sama beliau menyifatkan etika latihan Berba adalah 'kelas pertama'.

Tambah Ferguson, soalnya kekecewaan itu bukan sahaja dirasai oleh Berba tetapi juga oleh tujuh hingga lapan orang pemain lagi yang kerap muncul secara regular bersama skuad utama dalam siri Juara-Juara Eropah.

"Tetapi situasinya ketika itu adalah sangat jelas iaitu Chicharito [Javier Hernández] ketika di penghujung siri Juara-Juara Eropah telah berada di puncak prestasinya dan pasukan memerlukan kehadirannya dalam setiap perlawanan untuk mengancam barisan pertahanan lawan.

"Hanya nasib tidak menyebelahi Berbatov ketika itu dan bukannya kerana dia seorang pemain yang tidak bagus. Tetapi dengan sikapnya yang sentiasa positif, saya percaya dia akan kembali menyegat musim ini," ujar Ferguson.

Bagaimanapun, barang diingat, musim akan datang, barisan serangan United akan dipenuhi dengan bakat-bakat muda dan nama yang sudah dikenali.

Danny Welbeck dan Federico Macheda sudah kembali ke United selepas dipinjamkan ke kelab lain musim lalu. Dan Ferguson telah pun mengesahkan bahawa dia tidak berhasrat untuk membenarkan Welbeck dipinjamkan sekali lagi musim depan.

Begitu juga dengan pemain-pemain muda lain seperti Tom Cleverley, yang kini kembali ke United selepas semusim bersama Wigan Athletic.

"Semua orang tidak sedar bahawa Welbeck kini adalah pemain antarabangsa England dan kehadirannya sangat berharga buat United musim ini," ujarnya.

Welbeck, kata Ferguson memiliki bakat yang luar biasa manakala Cleverley pada pandangannya akan turut terpilih untuk bermain untuk England juga.

"Saya melihat Cleverley sebagai seorang pemain moden yang bijak. Pergerakannya dan juga pemahamannya tentang ruang sangat baik untuk seorang pemain semuda itu dan United mahu mereka terus kekal bersama skuad utama musim depan," katanya lagi.

Malah Ferguson memberi contoh bagaimana Phil Jones, yang baru dibelinya dengan harga £17 juta dari Blackburn Rovers, perlu diyakinkan bahawa pelaburan yang diletakkan oleh kelab ke atas mereka bukan sekadar untuk berebut tempat dalam kesebelasan utama tetapi yang lebih penting ialah untuk membina skuad masa depan.

Dalam pada itu, anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill, Oliver, telah menolak tawaran kontrak untuk menjadi pemain United setelah memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan