Peminat Fanatik Liverpool Banjiri Stadium Nasional

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJARAH ... Pemain Liverpool FootBall Club (LFC) Raul Meireles (tengah), Sotiros Kyrgiakos (kiri) melakukan latihan sambil diperhatikan Pengurus LFC Kenny Daglish (tiga kanan) ketika sesi latihan sempena ke Malaysia dalam rangka lawatan Jelajah Asia di sini, hari ini. LFC pertama kali datang ke Malaysia dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan negara pada Sabtu.
SEJARAH ... Pemain Liverpool FootBall Club (LFC) Raul Meireles (tengah), Sotiros Kyrgiakos (kiri) melakukan latihan sambil diperhatikan Pengurus LFC Kenny Daglish (tiga kanan) ketika sesi latihan sempena ke Malaysia dalam rangka lawatan Jelajah Asia di sini, hari ini. LFC pertama kali datang ke Malaysia dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan negara pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Lebih 30,000 peminat tempatan dan luar pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC, membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil, Khamis bagi menyaksikan sesi latihan pasukan kegemaran mereka itu.

Mereka termasuk wakil Kelab Peminat Liverpool FC Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Malaysia.

Peminat tiba seawal 4 petang meskipun sesi menghangatkan badan hanya bermula pada 7 petang.

Kebanyakan peminat memakai jersi pasukan Liverpool dan mereka kelihatan gembira kerana dapat melihat pemain kegemaran beraksi di depan mata.

Mereka turut menyanyikan lagu tema Liverpool FC iaitu You'll Never Walk Alone.

Sesi latihan itu berlangsung kira-kira sejam. Selepas itu, 'The Reds' mengelilingi stadium bagi mempamerkan penghargaan terhadap sokongan kuat peminatnya.

Skuad berkenaan, di bawah bimbingan bekas pemain Liverpool Kenny Dalglish, tiba di Kuala Lumpur pagi tadi untuk menentang pasukan Harimau Malaya Sabtu ini pada 5.45 petang, di Stadium Nasional.

Mereka datang ke Malaysia selepas memenangi perlawanan pra-musim yang pertama dengan Guangdong Sunray Cave di Guangzhou, China, 4-3 semalam.

Malaysia akan menjadi perhentian terakhir dalam siri lawatan pasukan itu ke Asia bagi 2011, sebelum pulang ke England untuk perlawanan persahabatan dengan Hull City (23 Julai), Galatasaray (28 Julai), Valerenga (1 Ogos) dan Valencia (6 Ogos). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan