67,000 Tiket Malaysia-Liverpool Sudah Dijual

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jualan tiket bagi baki dua perlawanan persahabatan membabitkan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Malaysia, amat memberangsangkan, kata penganjur ProEvents International.

"Sambutan daripada peminat amat baik," kata Pengarah Urusan ProEvents San Boon Wah, Jumaat.

Beliau mendedahkan bagi perlawanan membabitkan Liverpool esok, kira-kira 67,000 tiket sudah dijual setakat ini.

"Jumlah itu lebih tinggi daripada perlawanan Manchester United (Jelajah Asia) pada 2009.

"Antara sebab utama kenapa perlawanan Liverpool mendapat sambutan hangat ialah kerana pasukan itu beraksi buat pertama kali di Malaysia," katanya.

Bagi perlawanan Chelsea pada 21 Julai di Stadium Nasional di Bukit Jalil, sebanyak 45,000 tiket sudah dijual setakat ini, katanya.

"Tiket bagi kedua-dua perlawanan masih ada," katanya dan menurutnya 83,000 keping tiket dicetak bagi setiap perlawanan.

San ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian tiket bagi perlawanan Chelsea-Malaysia kepada pelajar sekolah oleh Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Sebanyak 20,000 pelajar daripada lebih 100 buah sekolah di Lembah Klang akan berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup menyaksikan perlawanan antara pasukan 'The Blues' dan 'Harimau Muda'.

"Chelsea akan datang ke Malaysia dengan kesemua pemain utama mereka. Pasukan itu juga mempunyai banyak pemain ternama seperti Peter Chec dan Fernando Torres.

"Jualan tiket (bagi Chelsea) akan meningkat menjelang hari perlawanan kerana orang ramai mahu menyaksikan dua perlawanan itu terlebih dahulu. Sebaik sahaja perlawanan itu selesai, dengan itu (jualan tiket) akan mula mendapat sambutan.

"Saya ingin menasihatkan mereka supaya mendapatkan tiket lebih awal," kata San.

Perlawanan antara Liverpool FC dan Harimau Malaya akan bermula pada 5.45 petang Sabtu manakala perlawanan Chelsea-Harimau Muda akan bermula pada 8.45 malam, 21 Julai.

San berkata ProEvents berjaya mencapai sasaran jualan tiket bagi perlawanan Arsenal-Malaysia pada 13 Julai.

"Kami menjual 65,000 tiket bagi perlawanan itu. Ini adalah kerana Arsenal tidak datang beraksi di Malaysia selama 12 tahun dan kali terakhir mereka ke sini ialah pada 1999.

"Malahan pasukan itu sendiri tidak pasti dengan sambutan yang bakal diterima mereka. Selepas mereka berjalan masuk ke stadium, mereka amat gembira melihat saiz penonton. Ia di luar jangkaan mereka," kata San.

Arsenal FC menumpaskan Harimau Malaya 4-0.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan