Manchester Utd 4 Boston New England 1

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BOSTON: Walaupun masih dibelenggu dengan ketidakpastian sama ada Wesley Sneijder akan menyertai mereka dari Inter Milan tetapi Manchester United membuka perlawanan pemanas badan dalam lawatan mereka ke Amerika Syarikat dengan menewaskan pasukan bandar ini - New England 4-1.

Michael Owen menunaikan kepercayaan yang diberikan oleh Sir Alex Ferguson dengan membuka jaringan United lima minit selepas separuh masa kedua bermula dengan pemain muda yang semakin matang Federico Macheda menambah dua jaringan lagi.

Bagaimanapun Dimitar Berbatov mendapati sukar untuk menembusi gawang gol lawan.

Wayne Rooney sepertimana Berbatov gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan persahabatan ini dan tidak berapa lama kemudian digantikan.

Owen yang baru sahaja menandatangani untuk melanjutkan kontraknya bersama United untuk semusim lagi membuktikan kenapa dia masih dilihat sebagai pemain yang berharga pada usia 31 tahun apabila penyudahnya yang klinikal mencuri perhatian lebih 51,000 orang penonton yang membanjiri Stadium Gillette.

Bekas pemain Liverpool dan Real Madrid itu mungkin telah kehilangan gerakan kilatnya tetapi masih memperlihatkan sentuhan tepatnya ke arah gol dan ini yang membezakannya dengan Berbatov buat masa sekarang.

Macheda yang telah dipinjamkan ke kelab Itali, Sampdoria musim lalu telah memperlihatkan kematangannya dengan menjaringkan dua gol yang cantik.

Ryan Giggs yang telah diselubungi skandal menjelang akhir musim lalu yang dimasukkan selepas separuh masa kedua tidak menunjukkan sebarang tekanan dengan menghulurkan bola kepada Park Ji-sung untuk menjaringkan gol keempat United.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan