Liverpool Berjaya Dapatkan Khidmat Downing Dari Aston Villa Pada Harga £20 Juta

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Downing akan menyarung jersi The Reds pada pembukaan saingan Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012.
Downing akan menyarung jersi The Reds pada pembukaan saingan Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012.

LIVERPOOL: Sah! Aston Villa telah menerima tawaran Liverpool sebanyak £20 juta untuk membeli pemain tengah England, Stewart Downing.

Ini adalah pembelian ketuga terbesar Liverpool selepas berjaya mendapatkan tandatangan Charlie Adam dari Blackpool minggu lalu dan pemain muda paling berharga Liga Perdana Jordan Henderson dari Sunderland bulan lalu. Charlie sepertimana Downing juga adalah pemain tengah.

Villa pada mulanya menegaskan bahawa Downing bukanlah untuk jualan tetapi akhirnya terpaksa juga menerima hakikat bahawa pemain berusia 26 tahun itu sudah tawar hati untuk terus kekal di Villa Park.

Pembelian Downing menjadikan perbelanjaan Pengurus Kenny Dalglish mencecah kepada £50 juta menjelang musim baru nanti.

Villa secara kontrasnya pula kini kehilangan dua pemain utama dan kreatif mereka - Downing dan Ashley Young yang berpindah ke Manchester United tiga minggu lalu.

Villa berjaya mengumpul £36 juta hasil jualan kedua-dua pemain itu tetapi kini terpaksa melakukan sesuatu untuk memperolehi pemain gantian bagi memuaskan hati para penyokong kelab itu.

Villa memulakan proses pengantian itu dengan mendapatkan Charles N'Zogbia dari Wigan Athletic pada harga £9 juta. N'Zogbia dijangka secara rasminya menjadi pemain Villa menjelang akhir minggu ini dan pada masa yang sama mengharapkan Shay Given akan menyertai mereka dari Manchester City dalam tempoh 24 jam dari sekarang.

Mereka juga telah mengemukakan tawaran untuk membeli pemain terbaik Liga Perdana musim lalu, Scott Parker dari West Ham pada harga £7 juta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan