Peminat Teruja Tonton Sesi Latihan The Gunners

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melambai tangan kepada ribuan penyokong pada sesi latihan kelab itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa.Foto: GLENN GUAN/The Star
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melambai tangan kepada ribuan penyokong pada sesi latihan kelab itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa.Foto: GLENN GUAN/The Star

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 7,000 penyokong setia hadir bagi menyaksikan latihan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa.

Pasukan yang dikendalikan oleh Arsene Wenger itu mengadakan latihan ringan menjelang pertemuan menentang skuad Malaysia pada Rabu, 8.45 malam.

Salah seorang peminat setia kelab ini, Afham Haikal berkata, inilah saat yang paling gembira buat dirinya kerana dapat melihat dengan lebih dekat kesemua pemain utama kelab ini.

"Walaupun tidak dapat bergambar dengan pemain kesayangan saya, Theo Walcott, namun saya sudah cukup gembira melihat dia beraksi di Malaysia. Esok (Rabu) saya akan turut menyaksikan perlawanan dengan skuad Harimau Malaya.

"Biarpun saya peminat setia Arsenal, tetapi saya tetap ingin melihat skuad Malaysia menang ke atas mereka," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, sebelum latihan ini berlangsung , empat pemain Arsenal turut hadir di pusat membeli belah Mid Valley pada sesi bertemu peminat termasuk Wojciech Szczesny, Jack Wilshere, Alex Song dan Walcott.

Walcott berkata, pasukannya tidak menduga akan menerima sambutan hebat di Malaysia dan sangat teruja dengan sokongan di sini.

"Saya terkejut dengan sambutan yang begitu meriah ini. Jika berpeluang kami akan datang ke sini lagi," katanya kepada pemberita.

Kali terakhir Arsenal berkunjung ke Malaysia ialah pada tahun 1999.

Selepas ini mereka akan meneruskanJelajah Asia ke China bertemu pasukan Hangzhou Greentown pada Sabtu ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan