Hasrat Tevez Sertai Corinthians Terbantut Bila City Tolak Tawaran

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Hasrat Kapten Manchester City, Carlos Tevez untuk kembali bermain di Amerika Selatan bersama kelab Corinthians terbantut buat seketika selepas kelabnya menolak tawaran kelab dari Brazil itu dengan harga perpindaha berjumlah Euro €40 juta (atau £35 juta).

Pemain Argentina itu yang secara berterus terang menyatakan hasrat untuk kembali berdekatan dengan dua orang anak perempuannya sebagai alasan untuk meninggalkan juara Piala FA Inggeris itu pada Isnin yakin yang dia akan kembali bersama bekas kelabnya dahulu.

Malangnya City menilai Teves tidak kurang dari £50 juta dan menolak tawaran Corinthian walaupun jumlah yang ditawarkan itu merupakan satu rekod untuk kedua-dua buah kelab.

Manchester City melihat isu perpindahan Tevez, 27, bukanlah sesuatu yang perlu disegerakan kerana dia terikat dengan mereka secara kontrak sehingga tahun 2014.

Bagaimanapun untuk rekod, perlulah disebut bahawa pintu perpindahan di Brazil akan ditutup pada 20 Julai.

Ini bermakna jika perpindahan ini dilihat sebagai sesuatu yang serius oleh kedua-dua belah pihak, ia mestilah dilakukan dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Pada masa ini, Tevez adalah di antara pemain Liga Perdana Inggeris yang menerima bayaran mingguan paling tinggi iaitu £250,000.

Corinthians siang-siang lagi menegaskan jika Tevez mahu kembali ke Amerika Selatan, gaji yang bakal diterimanya adalah jauh lebih rendah daripada apa yang diperolehinya sekarang.

Kesanggupan Corinthians menawarkan jumlah tersebut kepada Manchester City sebenarnya memeranjatkan ramai pihak tetapi dengan stadium baru berkapasiti 68,000 tempat duduk yang akan siap menjelang 2013, mereka tidak syak lagi bakal menjadi kelab terbesar di benua Amerika Selatan.

Selain itu, Corinthians turut menjana pendapatan daripada hasil jualan hak penyiaran siaran langsung bernilai £40 juta setahun dan tambahan £23 juta lagi daripada penaja jersi Neo Química.

Tevez asalnya menyertai Corinthians dari kelab Argentina Boca Juniors pada harga £13.7 juta pada tahun 2005 dan berjaya menjaringkan 25 gol dalam 38 perlawanan liga bersama kelab tersebut.

Pada tahun 2007, Tevez berpindah ke West Ham sebelum menyertai Manchester United selama dua musim sebelum ke kelab jiran Manchester City.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan