Tiket Perlawanan Malaysia/Arsenal Masih Ada

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Arsenal Rabu ini masih ada.

Ketua Pegawai Eksekutif penganjur perlawanan ProEvents International Sdn Bhd (ProEvents) Julian Kam berkata setakat ini, kira-kira 48,000 tiket sudahpun dijual.

"Walaupun jualan tiket agak lembap, namun ia menunjukkan peningkatan daripada 16,500 bulan lepas kepada 48,000 baru-baru ini.

"Saya yakin tiket akan habis dijual kerana rakyat Malaysia gemar membeli pada saat-saat terakhir," katanya kepada Bernama, Isnin.

Meskipun venue perlawanan, Stadium Nasional di Bukit Jalil, mampu memuatkan 100,000 penonton, penganjur mengehadkan tiket kepada 85,000.

Tiket berharga RM58,RM68,RM108 dan RM388 boleh didapati di kedai sukan Nike yang terpilih serta Tiketpro.

Malaysia akan menentang Arsenal pada Rabu (13 Julai) bermula 8.45 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan