Peminat Teruja Tonton Sesi Latihan The Gunners

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 8,000 orang peminat setia hadir bagi menyaksikan latihan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa.

Pasukan yang dikendalikan oleh Arsene Wenger itu mengadakan latihan ringan menjelang pertemuan menentang skuad Malaysia pada Rabu, 8.45 malam.

Salah seorang peminat setia kelab ini, Afham Haikal berkata, inilah saat yang paling gembira buat dirinya kerana dapat melihat dengan lebih dekat kesemua pemain utama kelab ini.

"Walaupun tidak dapat bergambar dengan pemain kesayangan saya, Theo Walcott, namun saya sudah cukup gembira melihat dia beraksi di Malaysia. Esok (Rabu) saya akan turut menyaksikan perlawanan dengan skuad Harimau Malaya.

"Biarpun saya peminat setia Arsenal, tetapi saya tetap ingin melihat skuad Malaysia menang ke atas mereka," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, sebelum latihan ini berlangsung , empat pemain Arsenal turut hadir di pusat membeli belah Mid Valley pada sesi bertemu peminat termasuk Wojciech Szczesny, Jack Wilshere, Alex Song dan Walcott.

Walcott berkata, pasukannya tidak menduga akan menerima sambutan hebat di Malaysia dan sangat teruja dengan sokongan di sini.

"Saya terkejut dengan sambutan yang begitu meriah ini. Jika berpeluang kami akan datang ke sini lagi," katanya kepada pemberita.

Kali terakhir Arsenal berkunjung ke Malaysia ialah pada tahun 1999.

Selepas ini mereka akan meneruskanJelajah Asia ke China bertemu pasukan Hangzhou Greentown pada Sabtu ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan