Nasri Sedia Tinggalkan Arsenal: Ferguson

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasri tiba di Malaysia sempena Jelajah Asia 2011, Isnin.
Nasri tiba di Malaysia sempena Jelajah Asia 2011, Isnin.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mendakwa Samir Nasri bersetuju untuk meninggalkan Arsenal, namun bukan menyertai pasukannya.

Ferguson membuat kenyataan itu selepas tiba di Boston bagi mengharungi saingan pertama sempena Jelajah Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ferguson masih mencari pemain bagi menggantikan Paul Scholes yang sudah menggantungkan butnya.

“Saya tidak fikir dia akan menyertai United. Itu sahaja yang boleh saya katakan setakat ini dan tetap merasakan Nasri akan pergi ke tempat lain,” katanya.

Nasri kini mengikuti Jelajah Asia 2011 yang tiba di Malaysia Isnin dan pengurusnya, Arsene Wenger menunjukkan keyakinan akan terus menggunakan khidmat pemain itu sehingga kontraknya berakhir.

“Itu keputusan Wenger. Dia adalah pengurus pasukan itu. Jika dia terus berpegang dengan kata-katanya, itu dianggap cukup berani, namun segalanya boleh berlaku. Mungkin dia (Nasri) perlu berada di situ,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan