Lebih 3,000 Peminat Arsenal Serbu Mid Valley - Bola Sepak | mStar

Lebih 3,000 Peminat Arsenal Serbu Mid Valley

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 peminat Arsenal tidak melepaskan peluang keemasan untuk bersua muka dengan pemain pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di Mid Valley Megamall di sini, pada Selasa.

Pada majlis bertemu peminat itu, Arsenal diwakili penjaga golnya, Wojciech Szczesny, pemain tengah Jack Wilshere dan Alex Song serta penyerang Theo Walcott.

Wilshere berkata, keempat-empat mereka tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu hebat daripada peminat di Malaysia yang memenuhi pusat beli-belah terkenal itu sejak pagi.

"Sungguh mengagumkan dan kami amat gembira," katanya kepada pemberita di sini.

Kuala Lumpur adalah bandar raya pertama yng dikunjungi pasukan kelab bola sepak Inggeris itu dalam program Jelajah Asia Arsenal 2011 dan Arsenal akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil esok bermula 8.45 malam.

Selepas Malaysia, pasukan ini akan ke China untuk menentang pasukan Hangzhou Greentown pada Sabtu.

Sementara itu, pengurus pemasaran Nike Malaysia, Joan Yeoh berkata selain mengadakan pertemuan dengan peminat di negara ini, empat pemain Arsenal itu juga mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak belia lima sebelah di stadium tertutup.

"Setiap empat pasukan yang mara ke peringkat akhir akan diketuai pemain Arsenal, yang memberi tunjuk ajar cara untuk mengambil kesempatan daripada setiap keadaan untuk memenangi kejohanan.

"Kami ingin memberi sebanyak mungkin peluang kepada belia untuk meningkatkan permainan. Musim ini eksklusif untuk Nike di mana para belia diberi rangsangan melalui pengalaman yang dikongsikan oleh pemain dan nasihat yang mereka beri tentang bola sepak," katanya.

Lebih 200 pasukan menyertai kejohanan itu dan empat pasukan yang mencatat paling banyak kemenangan akan beraksi pada perlawanan akhir yang disaksikan para pemain Arsenal.- BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan