Khairul Fahmi Dalam Kesebelasan Utama Menentang Arsenal Rabu Ini

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menentang skuad Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Sebelum ini, Khairul Fahmi, yang lebih dikenali sebagai 'Apek', mengalami kecederaan setelah dirempuh pemain Lubnan ketika beraksi mewakili skuad Olimpik dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik yang mengakibatkan kecederaan bahu kanan.

"Dia kini telah sembuh dan berkemungkinan akan diturunkan Rabu ini. Ini akan menjadi medan ujian perlawanan persahabatan pertama selepas sembuh buat (Khairul) Fahmi menjelang pertemuan dengan Singapura dalam kelayakan kedua Piala Dunia nanti.

"Kesemua pemain lain juga dilihat mempamerkan aksi yang cergas. Namun, Safee Sali tidak akan beraksi menentang Arsenal nanti kerana masih dibelenggu kecederaan," kata Rajagobal kepada pemberita di sebuah hotel di sini Isnin.

elepas menentang 'The Gunners', skuad Harimau Malaya akan menggalas cabaran menentang Liverpool pada 16 Julai sebelum bertandang ke Singapura pada 23 Julai dalam perlawanan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 Zon Asia.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

Rajagobal berkata perlawanan menentang Arsenal akan digunakan sebaik-baiknya untuk memantapkan persiapan skuad Harimau Malaya sebelum bertemu pasukan negara republik itu.

"Ia merupakan satu peluang terbaik buat pasukan negara. Saya percaya dengan kemampuan barisan muda negara, kita mampu memberikan aksi terbaik dan begitu juga ketika menentang Liverpool nanti.

"Apa yang penting, saya mahu anak didik saya sentiasa menumpukan fokus utama kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia dan mendapatkan pengalaman sebaik mungkin," katanya.

Rajagobal berkata skuad kebangsaan tidak akan menggunakan corak permainan defensif semata-mata sebaliknya akan menampilkan strategi baru dalam misi mencari ramuan terbaik untuk pasukannya.

"Mereka satu pasukan yang dikenali bagus. Saya lihat bermain secara defensif akan merugikan kita. Saya akan melihat apa kaedah yang terbaik sebelum menentang Arsenal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan