Dua Pemain Import Dalam Liga M'sia Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia dibenarkan menggunakan khidmat dua pemain import mulai musim 2012.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagaimanapun berkata, terdapat beberapa klasifikasi bagi pemain import untuk menjaga kualiti pasukan yang disertai.

Katanya, pemain import dari negara-negara Asean dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua.

"Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Abdullah berkata, penggunaan pemain import bagaimanapun bukanlah wajib dan terbuka kepada persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja.

Pemain-pemain import mula beraksi dalam Liga Malaysia pada Liga Semi Pro 1989 sebelum FAM pada Ogos 2008 mengambil tindakan menamatkan khidmat mereka mulai musim 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pula berkata dua pasukan tercorot Liga Super musim ini, Pahang dan Perlis, akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

Juara dan naib juara Liga Perdana, Selangor PKNS dan Sarawak, pula dinaikkan ke Liga Super bagi musim 2012.

"Saingan Liga Super musim depan masih kekal dengan 14 pasukan. Tempat Harimau Muda A akan diganti oleh pasukan dari Singapura, The Young Lions," katanya.

Perjanjian kerjasama antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura menyaksikan Harimau Muda A akan bersaing dalam Liga Singapura manakala "The Young Lions" akan beraksi pada liga elit Malaysia, Liga Super, bermula musim depan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan