Terengganu Akan Jalani Latihan Intensif Termasuk Bulan Puasa

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu akan menjalani latihan intensif termasuk pada bulan puasa bulan depan sebagai persediaan untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini.

Pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh berkata latihan akan bermula sebaik sahaja pemain pulang daripada lawatan ke London yang merupakan hadiah kerajaan negeri berikutan kejayaan Terengganu muncul juara Piala FA musim ini.

"Mungkin kita akan mengadakan lawatan ke luar negara sebelum Ramadan ini. Ia sedang diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK)," katanya, Sabtu.

Che Mat yang juga Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata sasaran Terengganu ialah untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini.

Katanya ini berdasarkan kejayaan Terengganu menjadi juara Piala FA dan juga naib juara Liga Super tahun ini.

"Saya bangga dengan pemain saya yang ada dan saya yakin Terengganu akan membawa pulang piala yang berprestij itu tahun ini," katanya.

Beliau berkata pihaknya mungkin akan menyediakan pakar motivasi bagi memberi motivasi kepada pemain sebelum menghadapi kejohanan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan