Ambil Peluang Sebaiknya: Rajagobal

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menyeru semua pemain-pemainnya agar mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri sebaik mungkin pada perlawanan menentang Taiwan Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu, 8.45 malam.

Menurutnya, menjelang perlawanan ini, skuad kebangsaan berada dalam keadaan bersedia untuk bertemu pihak lawan serta yakin akan beraksi dengan baik.

"Bukan sahaja pemain, saya juga teruja untuk melihat perlawanan ini kerana sudah lama tidak beraksi pada pusingan kelayakan ini. Mana-mana pasukan yang bermain di tempat sendiri inginkan kemenangan, begitu juga pasukan kita.

"Walaupun hanya satu gol, ia tetap menang. Namun apa yang saya mahu tekankan ialah kita perlu ambil peluang ini sebaik-baiknya," katanya kepada pemberita selepas mensyuarat pengurus-pengurus pasukan, di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selasa.

Sementara itu, Rajagobal berkata, pihaknya sedar penyokong-penyokong negara mahu melihat skuadnya itu meraih kemenangan seperti dirinya sendiri.

"Saya sentiasa optimistik dan berharap perlawanan menentang Taiwan ini boleh memberi keselesaan sebelum beraksi di tempat lawan nanti," katanya.

Selain itu beliau turut menjelaskan senarai utama sebelas pemain akan dikeluarkan selepas latihan akhir skuad negara pada petang Selasa.

"Saya belum membuat keputusan siapa yang akan disenaraikan dalam barisan utama, tunggu sahaja kejutan yang akan saya buat nanti," katanya.

Selain itu, ketua jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung berkata, pasukannya berada gembira kerana dapat beraksi pada pusingan kelayakan ini dengan aksi terbaik.

"Kami akan mencuba yang terbaik dari awal sehingga tamat perlawanan. Mengenai persiapan, pasukan saya telah menjalani latihan beberapa bulan dan turut berada di Korea selama dua minggu sebelum tiba di sini.

"Bagi saya, kami perlu menunjukkan semangat juang yang tinggi pada perlawanan pertama ini," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan