Kematangan Skuad Olimpik Malaysia Dipuji

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad negara menumpaskan Lubnan 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 London di Stadium Nasional Bukit Jalil, membuktikan Malaysia bukanlah calang-calang pasukan apabila tersenarai sebagai 12 terbaik peringkat Asia untuk layak ke temasya berprestij itu.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, pemainan pasukan itu semakin matang dan mempunyai komitmen tinggi apabila mampu menahan asakan lawan, walaupun terpaksa bermain dengan hanya sepuluh orang pada awal babak kedua perlawanan.

"Saya berpuas hati dengan mutu persembahan yang telah dibuktikan oleh setiap pemain dalam mengekang asakan lawan berbaki 40 minit perlawanan.

"Sebagai jurulatih, saya kagum dengan peningkatan corak pemain muda dan ia adalah petunjuk bahawa kita telah bersedia untuk mara ke saingan peringkat ketiga nanti, iaitu pada September," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Kim Swee berjaya mara ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012, dengan kelebihan agregat 2-1.

Pada perlawanan Ahad lepas di Stadium Sport City, Beirut, skuad negara terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan kepada pasukan tuan rumah.

Undian pusingan ketiga dijadualkan pada bulan depan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Kim Swee berkata, kunci utama kejayaan malam ini adalah disiplin semua pemain yang begitu bersemangat dan berkeyakinan, sehingga dapat memanipulasi perlawanan malam ini.

"Walaupun Gary Steven Robbat diarah keluar padang pada awal babak kedua, namun ia tidak menjejaskan corak permainan.

"Saya harap Gary akan mendapat pengajaran bermain dalam perlawanan antarabangsa, dan keseluruhan pemain perlu mengambil iktibar dan lebih berhati-hati pada perlawanan pusingan ketiga nanti," katanya.

Skuad negara terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Gary diperintah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua gara-gara mengasari pemain lawan selang enam minit babak kedua bermula.

Sementara itu, jurulatih Lubnan Samir Saad berkata beliau kecewa kerana pasukannya gagal mara ke pusingan ketiga.

"Saya kecewa tidak memenangi perlawanan ini, kami gembira bermain di depan penonton Malaysia.

"Mereka lebih kuat menyokong berbanding penonton di negara kami, dan ini mungkin punca kejayaan Malaysia.

"Pemain kami tertekan selepas Malaysia menjaringkan gol kedua, namun kami bernasib baik dapat membalas dengan satu gol," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan