Villas-Boas Tekankan Etika Pasukan Di Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS baru Chelsea, Andre Villas-Boas berjanji untuk menekankan aspek etika dalam pasukannya untuk membentuk satu pasukan yang kuat pada musim hadapan.

Baginya, kejayaan pasukan Chelsea kelak bukan berkisar kepada prestasi jurulatih tetapi pemain dan staf sokongan lain.

"Saya lihat permainan ini adalah menggabungkan idea dan pemain-pemain yang baik," katanya kepada Chelsea TV.

Villas-Boas berkata, Chelsea melantiknya kerana kualiti keperibadian dan dia berjanji untuk menerapkan kualiti tersebut dalam pasukan itu.

Menurutnya, tugas paling penting ialah memotivasikan para pemain, mengimbau kejayaan enam tahun lalu dan meneruskan kejayaan sebelumnya.

Tags / Kata Kunci: Andre Villas-Boas , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan