Chelsea Bakal Lantik Villas-Boas Sebagai Pengurus Baru

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA mengesahkan bakal mendapatkan khidmat Andre Villas-Boas (gambar) sebagai pengurus baru berikutan peletakan jawatannya di Porto.

Selasa lalu, Porto mengumumkan Villas-Boas telah meletakkan jawatan dan klausa pelepasan bernilai 15 juta euro (atau RM65 juta) dalam kontrak yang ditandatanganinya itu dikuatkuasakan.

Yuran pelepasan itu telah dibayar kepada Porto.

Porto melantik bekas penolong Villas-Boas iaitu Vitor Pereira sebagai penggantinya di Estadio Dragao.

Villas-Boas membantu Porto meraih kejuaraan liga musim lalu selain memenangi Piala Portugis dan Liga Eropah.

Kejayaannya mengemudi Porto menjuarai Liga Eropah telah menjadikannya sebagai jurulatih termuda yang pernah berbuat demikian dalam sejarah bolasepak Eropah. Boas berusia 33 tahun.

Dia pernah berkhidmat di Chelsea antara Jun 2004 hingga September 2007 sebagai staf jurulatih kelab ketika itu, Jose Mourinho.

Antara tugasnya ialah menghasilkan laporan mengenai pasukan lawan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan