Fernandes Tetap Mahu Beli 51 Peratus Saham West Ham

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB West Ham mengalu-alukan tawaran Datuk Seri Tony Fernandes (gambar) untuk memberi 35 peratus kelab itu sebagai rakan dalam membangunkan kembali kelab itu walaupun ada hubungan tegang antara ahli perniagaan dari Malaysia dengan pemilik kelab itu.

Namun mengikut bida yang dikemukakan sebelum ini, Fernandes hanya berminat melabur di kelab itu jika beliau dibenarkan membeli 51 peratus bahagian untuk mengambil alih sepenuhnya kelab itu.

Sebelum ini, pemilik pasukan Lotus Formula Satu mengesahkan masih berminat meneruskan perancangannya itu selepas pemilik kelab, David Sullivan dan David Gold mempersoalkan sejauh minat Fernandes mendapatkan kelab itu seperti yang dinyatakan di laman Twitternya.

“Kami melakukan tawaran yang baik, mereka tidak berminat dan bola masih di gelanggang mereka. Tetapi ini adalah untuk kepentingan West Ham. Saya tidak mahu terus bercakap tentang ini. Biar pengurus baru kelab itu, Sam Allardyce melakukan apa yang patut di sana. Sullivan dan Gold langsung tidak mahu berbincang dengan kami ketika berada di sana.

“Kami fikir ia sesuatu yang bernilai untuk dilihat dan mereka perlu melihat secara keseluruhan apa yang kami akan lakukan pada Lotus minggu depan di mana kami akan pengumuman tajaan baru sekali gus saya dapat rasakan kami boleh membawa banyak faedah kepada West Ham.

“Tetapi mereka tetap tidak mahu melihat sepenuhnya tentang harga yang bakal kami bawakan untuk kelab. Saya sanggup menolong, dan sekarang terpulang kepada mereka. Saya sangat terbuka dalam segalanya,” katanya.

Bagaimanapun, sumber kelab berkata, pihaknya gembira jika Fernandes bertuju untuk membeli 31 peratus saham kelab dalam membangunkan pasukan ini.

“Fernandes ingin menguasai sepenuhnya kelab ini dengan membeli 51 peratus. Dan sebab itu beliau tidak bersetuju dengan tawaran 31 peratus,” katanya.

Sumber itu turut menpersoalkan kewangan Fernandes yang merupakan pemilik penerbangan tambang mudah, Airasia ini.

“Beliau bukanlah orang yang berduit, malah rakannya yang memberi bantuan kewangan kepadanya. Walaupun kedua-duanya mengemukakan status kewangan mereka untuk membantu kelab.

“Gold dan Sullivan hanya berminat kepada jutawan bagi mengambil alih kelab ini untuk masa depan West Ham,” jelas sumber itu.

Namun kawan Fernandes mentertawakan kenyataan itu dan berkata dengan nada sinis: “Ya, pasukan F1 telah melaburkan 100 juta euro dan itu bukan duit sebenar”.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan