Tiket Edisi Khas Tonjolkan Harimau Malaya Untuk Perlawanan Dengan Arsenal

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sejumlah 25,000 tiket edisi khas yang menonjolkan pasukan bola sepak Harimau Malaya Malaysia telah dicetak sempena perlawanan persahabatan menentang kelab utama Liga Perdana Inggeris, Arsenal, di sini bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents Julian Kam berkata tiket edisi khas berharga RM58, RM68, RM108 dan tiket VIP terhad pada harga RM388, boleh diperoleh mulai Khamis dan ia berasaskan kepada siapa cepat, dia dapat.

"Meskipun kami merupakan promoter bagi perlawanan Arsenal, pasukan kebangsaan masih tetap menjadi keutamaan.

"Itu sebabnya kami mengadakan tiket komemoratif khas sebagai mengiktiraf pasukan negara. Ia akan menjadi bahan koleksi dan cenderahati bagi para peminat," katanya pada sidang akhbar di bangunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dekat sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden FAM dan pengurus pasukan Datuk Subahan Kamal, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzudin Ahmad, jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal dan para pemain.

Rajagobal berkata pengeluaran tiket edisi khas itu merupakan satu penghormatan kepada beliau dan para pemain.

"Kami tidak menjangkakan perkara ini tetapi saya pasti ia akan menyemarakkan moral dan keyakinan pemain untuk berhadapan dengan Arsenal. Sebagai jurulatih, saya bangga pasukan ini diberikan penghormatan sebegitu rupa. Ia membuat kami berasa bangga," katanya.

Pasukan Harimau Malaya akan berhadapan The Gunners dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai.

Perlawanan itu dijangka menarik kehadiran 80,000 peminat, bukan sahaja dari dalam negeri, tetapi juga dari negara jiran terdekat seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Brunei.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket perlawanan itu, orang ramai boleh menghubungi Ticketpro di talian hotline 03-7880 7999 atau menempah tiket melalui dalam talian menerusi laman web www.ticketpro.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan