Shafiq Sedih Harimau Muda Dituduh Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun kecewa skuad Harimau Malaya dikaitkan dengan kegiatan rasuah, kapten pasukan Mohd Safiq Rahim tidak patah semangat untuk terus berjuang demi kegemilangan bola sepak negara.

"Kecewa apabila orang bercakap benda yang tidak betul. Kita sepatutnya tidak boleh bercakap tanpa bukti," katanya, Jumaat.

Dia mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam yang menyatakan ada pemain Harimau Malaya dan skuad Olimpik sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan rasuah dan mengatur perlawanan.

Penyerang pasukan Selangor itu turut sedih dengan kenyataan itu yang dilihat menghina pengorbanan pemain selama ini.

"Sedih, sebab kami yang kerah tenaga di padang untuk negara yang kita sanjung dan sayangi ini," katanya.

Isu rasuah bola sepak negara mula mendapat perhatian media apabila jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team dihadapkan ke mahkamah berhubung kegiatan mengatur perlawanan.

Mengenai perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan dengan tiga pasukan handalan Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea bulan depan, Safiq berkata beliau amat teruja dan tidak sabar untuk turun bermain.

Katanya ia merupakan satu persediaan yang baik bagi pasukan negara menghadapi kelayakan Piala Dunia.

"Jika diberi peluang, saya ingin bertukar jersi dengan ketua pasukan Arsenal, Cesc Fàbregas," katanya.

Pasukan negara akan bertemu Arsenal pada 13 Julai, Liverpool (16 Julai) dan Chelsea (21 Julai) di Stadium Nasional Bukit Jalil.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan