Tawaran Chelsea £22 Juta Untuk Modric (Spurs) Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWARAN Chelsea sebanyak £22 Juta untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Tottenham Hotspurs (Spurs), Luka Modric ditolak, menurut laporan.

Spurs menolak tawaran tersebut dalam tempoh dua jam selepas menerima bida tersebut.

Bagaimanapun, Chelsea dipercayai akan kembali dengan tawaran yang lebih baik.

Pemilik Chelsea Roman Abramovich dikatakan sedang memperkuatkan barisan pemain kelabnya di Stamford Bridge dengan mendapatkan khidmat pemain muda.

Ini ekoran kegagalan Chelsea mendapat sebarang kejuaraan dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada usia 25 tahun, Modric dilihat sebagai pemain yang sesuai digaji oleh Chelsea untuk membawa cabaran pada musim akan datang.

Sebelum ini, pengurus Spurs, Harry Redknapp menegaskan pengerusi kelab, Daniel Levy bertekad tidak akan melepaskan pemain dari Croatia itu kepada mana-mana kelab dengan apa-apa harga sekalipun.

Modric menyertai Tottenham dari kelab Dynamo Zagreb pada 2008 dengan yuran sekitar £16 juta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan