Fabregas Ingin Kembali Ke Barca: Sagna

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabregas dikatakan akan kembali ke  Barcelona musim depan.
Fabregas dikatakan akan kembali ke Barcelona musim depan.

PEMAIN pertahanan Arsenal, Bacary Sagna mendakwa kapten kelab itu, Cesc Fabregas bakal menyertai Barcelona musim baru nanti.

Sebelum ini khabar angin turut mengaitkan Fabregas akan berhijrah kelab yang pernah disertai pada usia remaja sebelum bersama The Gunners 2003.

Sementara itu, Barca sememangnya menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan kembali bekas pemainnya itu sejak dua musim lalu, namun tidak mendapat pelepasan dari Arsenal. Pun begitu, Sagna yakin kali ini impian Fabregas untuk berhijrah bakal menjadi kenyataan

“Saya boleh katakan ini benar bahawa Fabregas akan berhijrah ke Barca. Dia ingin kembali ke tempat asalnya untuk bersama keluarga sekali gus dapat bermain dengan kelab terbaik dunia, Barcelona.

“Bagaimanpun sekarang dia masih lagi kapten Arsenal,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan