Karathu Puas Hati Kelantan Raih Tiga Mata Penuh

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu nyata berpuas hati dengan kemampuan anak didiknya meraih tiga mata penuh setelah menang ke atas Perak 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam Selasa.

Katanya kekecewaan pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini terubat sedikit dengan kemenangan tipis itu dan membuktikan semangat pemain sudah kembali pulih.

"Ini kerana kita masih menghadapi satu lagi perlawanan menentang Sabah di gelanggang lawan 6 Julai depan," katanya di sini.

Karathu juga turut berpuas hati dengan prestasi Daudsu Jamaluddin yang dikritik hebat pada perlawanan menentang Terengganu bagi Piala FA, Sabtu lalu yang telah mempamerkan aksi yang dianggap memberangsangkan.

"Malah Daudsu telah membantu Nurshahrul Idlan Talaha menyumbat gol bermakna Kelantan pada minit ke-53," katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perak, Norizan Bakar berkata dia gembira kerana kesebelasan anak buahnya telah menunjukkan satu permainan cemerlang apabila berjaya mengekang pasukan tuan rumah daripada menambah jaringan gol.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan