Rajagobal Sokong Program 1MCC-JFL

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rajagobal (dua, kanan) memberi sokongan kepada jurulatih Radha pada sidang media baru-baru ini. Turut kelihatan ialah pengerusi 1MCC, Datuk Chan Tien Ghee (kanan) serta pembantu jurulatih Abdullah dan Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Leong King Choon (kiri). Foto: Shaari Chemat/ THE STAR
Rajagobal (dua, kanan) memberi sokongan kepada jurulatih Radha pada sidang media baru-baru ini. Turut kelihatan ialah pengerusi 1MCC, Datuk Chan Tien Ghee (kanan) serta pembantu jurulatih Abdullah dan Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Leong King Choon (kiri). Foto: Shaari Chemat/ THE STAR

PETALING JAYA: Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyokong program Liga Bola Sepak Junior 1 Malaysia Cardiff City (1MCC-JFL) yang kini sedang rancak berlangsung bagi kategori Bawah 14 Tahun (B-14).

Program yang ditubuhkan bagi mencungkil bakat-bakat muda di peringkat akar umbi dalam tiga kategori ini turut mendapat sokongan pelbagai pihak, malah telah menunjukkan perkembangan yang baik termasuk turut bekerjasama dengan Kelab Cardiff City yang dimiliki oleh jutawan dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

“Ia satu program yang sangat baik, bukan sahaja mampu mencari pemain-pemain muda yang tetapi turut memberi peluang kepada mereka beraksi ke tahap yang lebih tinggi. Bagi saya, inilah satu-satunya jalan yang betul jika kita ingin lihat masa depan bola sepak terus cemerlang.

“Mereka inilah yang akan menggantikan pemain-pemain yang ada sekarang berdasarkan kriteria serta kebolehan masing-masing. Dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai, saya percaya program ini akan terus berjaya dan mencapai objektifnya di masa akan datang,” katanya pada majlis pelancaran trofi JFL Bawah 14 Tahun baru-baru ini.

Sementara itu, Yamaha dan Hong Leong Bank turut memainkan peranan penting dalam program ini dengan menjadikan dua pasukan B-14 sebagai pasukan angkat mereka. Dengan itu, pasukan Red Giants Rawang dan Bintang Biru dari Penang menerima tajaan jersi serta kewangan bagi mengharungi saingan musim ini.

Tumpuan kerjasama ini bukan sekadar aksi tempatan sahaja kerana seramai 18 pemain bawah 13 tahun daripada 28 pasukan akan dipilih untuk menyarung jersi Malaysia bagi menghadapi perlawanan Piala Yamaha Asean di Bangkok pada Julai ini.

Dengan itu, jurulatih N.Radhakrishnan diberi tanggungjawab mengharungi aksi di Bangkok ini.

“Saya sangat teruja kerana dipilih membawa pasukan Malaysia beraksi di luar negara dan pastinya sasaran saya untuk menjadi juara. Setakat ini senarai beberapa orang pemain sudah ada di tangan saya,” katanya kepada mStar Online.

1MCC-JFL telah memulakan aksinya pada Mac hingga Mei lalu bagi kategori B-12, Mei-Julai (B-14 tahun) dan Bawah 16 tahun akan memulakan saingan pada September hingga Disember ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan