PBSNT Berhasrat Letak Piala FA Di Muzium Negeri Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhasrat untuk meletakkan Piala FA yang dimenanginya setelah menewaskan Kelantan 2-1 malam Sabtu di Muzium Negeri Terengganu.

Presidennya Datuk Che Mat Jusoh berkata bagaimanapun satu rundingan akan dilakukan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Katanya setakat ini PBSNT telah mengadakan perbincangan bersama pihak FAM sama ada untuk menyerahkan kembali piala tersebut kepada FAM ataupun diberikan kepada negeri pemenang.

"Kita akan membuat rayuan terakhir dalam masa terdekat kepada pihak FAM bagi membolehkan meletakkan piala kebanggaan rakyat Terengganu di muzium negeri untuk tatapan peminat," katanya kepada pembeita di sini, Ahad.

Menurut beliau piala berkenaan akan diletakkan di negeri ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan pemain serta penyokong yang tidak jemu memberi sokongan dalam arena bola sepak.

Skuad Terengganu penyu berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penjulang terakhir trofi yang diperkenalkan pada 2005 itu, yang sempat digunakan untuk tujuh edisi.

Trofi baru akan diperkenalkan untuk edisi musim depan.

Sementara itu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hampir 5,000 rakyat Terengganu membanjiri ruang ketibaan lapangan terbang itu bagi menyambut kepulangan wira-wira Terengganu yang berjaya menjulang Piala FA malam tadi.

Kesemua pemain bersama piala kemudiannya diarak dari LTSM sehingga ke Dataran Shahbandar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Berpuluh-puluh buah kenderaan peminat pasukan itu turut mengiringi sambil mengibarkan bendera negeri dan membunyikan hon kereta sepanjang perjalanan ke Shahbandar petang tadi.

Sambutan secara besar-besaran juga diadakan di Dataran Shahbandar bagi membolehkan peminat serta penyokong melihat piala itu dari dekat.

Terengganu menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas berjaya menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan