Tiket Malaysia Lawan Liverpool, Arsenal Dan Chelsea Mula Dijual

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan tiga pasukan handalan Inggeris -- Liverpool, Arsenal dan Chelsea -- yang akan berlangsung di sini bulan depan, mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat.

ProEvents, syarikat yang menganjurkan perlawanan-perlawanan itu, berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa tiket untuk perlawanan antara pasukan negara dan Liverpool mula dijual pada 5.45 petang ini manakala tiket untuk perlawanan dengan Arsenal dan Chelsea akan dijual esok.

Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai, Liverpool pada 16 Julai dan Chelsea pada 21 Julai. Perlawanan dengan Liverpool bermula pada 5.45 petang manakala dua perlawanan lagi bermula pada 8.45 malam.

Tiket berharga antara RM58 dan RM388. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan