United Beli Phil Jones, Jual Gibson, Wes Brown & John O'Shea

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jones (depan) bakal beraksi dengan United musim depan.
Jones (depan) bakal beraksi dengan United musim depan.

MANCHESTER UTD telah membeli pemain pertahanan Blackburn Rovers, Phil Jones pada harga £16 juta dan menjual tiga orang pemain pertahanannya iaitu John O'Shea, Darron Gibson dan Wes Brown kepada Sunderland pada harga £12 juta.

Sunderland telah menggunakan wang hasil penjualan penyerang sensasi Jordan Henderson kepada Liverpool dengan membeli ketiga-tiga pemain United itu.

Jones dilihat sebagai pemain pertahanan paling berharga dan diburu bukan sahaja oleh United tetapi Liverpool, Arsenal, Tottenham dan Chelsea. Beliau bermain untuk pasukan England Bawah 21 Tahun.

Beliau mengingat kontrak selama lima tahun bersama United. Beliau akan menerima gaji sebanyak £40,000 seminggu. Blackburn cuba memujuk Jones supaya terus kekal dengan mereka dengan menawarkan gaji sebanyak £50,000 seminggu - menjadikannya pemain dengan gaji yang paling tinggi di kelab tersebut- tetapi gagal.

Penghijrahan Jones ke United sebenarnya telah mengejutkan pasaran pembelian para pemain profesional kerana Liverpool yang selama ini dilihat sebagai kelab yang benar-benar menyatakan minat untuk mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu.

Kejayaan United mendapatkan tanda tangan Jones juga merupakan satu tamparan buat Arsenal yang sedang memperkukuhkan barisan pertahanannya.

Malah Tottenham secara terus terang menyatakan kekecewaan mereka kerana lewat meletakkan tawaran untuk mendapatkan khidmat Jones yang dilihat sebagai penganti John Terry untuk pasukan England pada masa hadapan.

Jones kini akan bersaing untuk merebut posisi tengah di barisan belakang United yang kini dikuasai oleh Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Chris Smalling dan Jonny Evans.

Bagaimanapun pembeliannya lebih dilihat sebagai pelapis untuk mengantikan Ferdinand dan juga Vidic yang kini sudahpun melepasi umur 30 tahun.

Dengan pembelian Jones juga bermakna, keutamaan Sir Alex Ferguson kini tertumpu di barisan tengah yang memperlihatkan kelemahan yang besar berbanding Barcelona.

Kuda tua United seperti Paul Schole dan Ryan Giggs tidak dapat mengejar kepantasan Leonel Messi dan Xavi.

Pada masa yang sama, United juga perlu dengan segera mencari penjaga gol gantian ekoran persaraan Edwin van der Sar.

Percubaan United untuk mendapatkan penjaga gol berprestasi tinggi, David de Gea dari Atlético Madrid masih lagi menemui jalan buntu.

Untuk barisan tengah, Ashley Young dari Aston Villa masih lagi menjadi sasaran United dan begitu juga dengan Wesley Sneijder dari Inter Milan namun kedua-duanya masih belum menerima sebarang tawaran daripada United melainkan cakap-cakap kosong di kedai kopi.

United juga sedang merisik sama ada Tottenham bersedia melepaskan Luka Modric memandangkan Harry Redknapp juga sedang memperkukuhkan pasukannya untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah semula.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan