Jordon Henderson Sah Milik Liverpool

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Henderson kini menjadi milik Liverpool.
Henderson kini menjadi milik Liverpool.

LIVERPOOL berjaya membeli pemain paling berharga dalam skuad bawah 21 tahun England, Jordan Henderson dari Sunderland pada harga £20 juta, pada malam Selasa.

Liverpool membeli Henderson dengan membuat pertukaran dengan penyerang mereka David Ngog. Bagaimanapun jumlah harga perpindahan Ngog tidak dimaklumkan.

Dengan pembelian Henderson, Kenny Dalglish kini mempunyai pilihan pemain-pemain tengah yang berbakat seperti Steven Gerrard, Lucas Leiva, Raul Meireles dan Jay Spearing.

Malah pengurus Liverpool itu merasakan jumlah itu masih belum memadai kerana beliau masih mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Blackpool, Charlie Adam.

Liverpool sebelum ini telahpun menawarkan jumlah £12 juta untuk Adam, 25, Januari lalu tetapi tawaran itu ditolak oleh Blackpool.Tetapi kini selepas Blackpool digugurkan dari Liga Perdana, mereka sedang berusaha untuk mendapatkan semula pemain berasal dari Scotland itu.

Pada masa yang sama Liverpool juga sedang dalam rundingan dengan AS Roma, untuk membeli penjaga gol dari Brazil, Alexander Doni sebagai back-up kepada José Reina musim depan.

Mereka bercadang untuk melepaskan penjaga gol simpanan Brad Jones, yang dibeli pada harga £2.3 juta dari Middlesbrough, musim lalu.

Brad Friedel yang merupakan penjaga gol sasaran Daglish telah pun memilih untuk berpindah ke Tottenham dengan sasaran yang dia akan memperolehi lebih banyak peluang di White Hart Lane.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan