Hiddink Gembira Di Turki: Van Vieuwenhuizen

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AGEN pengurus Turki, Cees van Vieuwenhuizen menjelaskan Guus Hiddink gembira berada di Turki dan akan terus mengendalikan skuad itu sehingga kontraknya tamat Jun tahun depan.

Hiddink sebelum ini dilaporkan akan berpindah ke Chelsea menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat selepas tamat Liga Perdana Inggeris (EPL) dua minggu lalu.

“Tiada apa yang berubah. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, Guus masih terikat dengan kontrak sehingga tahun depan. Pihak kami telah menjelaskan beberapa kali mengenai perkara ini.

“Semua orang boleh membuat spekulasi sendiri berkaitan masa depannya, namun hakikatnya dia akan terus berada di sini.

“Tiada apa yang berlaku dalam masa terdekat ini memandangkan kedua pihak masih bercuti,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan