Carlo Ancelotti Sahkan Berehat Selama Setahun

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengesahkan bahawa beliau akan berehat selama setahun daripada sebarang aktiviti bolasepak walaupun masih terus dikaitkan dengan Aston Villa, QPR dan AS Roma.

Pengurus berbangsa Itali itu masih ada baki kontrak selama setahun lagi bersama Chelsea tetapi dipecat pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris.

Sejak dipecat, Ancelotti telah dikaitkan dengan kelab yang baru dinaikkan, QPR, yang kini di bawah kendalian Neil Warnock. Selain itu, kekosongan jawatan pengurus di Fulham dan Aston Villa turut dikaitkan dengannya.

Dan di negara kelahirannya sendiri, beliau turut dikaitkan untuk kembali dan menguruskan AS Roma iaitu kelab yang pernah beliau wakili sebagai pemain.

Malangnya, Ancelotti dipetik oleh sebuah akhbar Itali La Stampa sebagai berkata; "Buat masa ini saya tidak berada dalam situasi yang tergesa-gesa untuk kembali sebagai pemain dan saya tidak perlu pun..."

Tambahnya lagi, sejak 1995, beliau telah bekerja sebagai pengurus dan jurulatih tanpa rehat.

"Sekarang adalah masanya untuk saya berehat panjang dan melihat serta mengkaji bagaimana rakan-rakan saya yang lain mengurus pasukan mereka," ujarnya.

Ancelotti bermain mewakili Roma antara tahun 1979 hingga 1987 dan tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk kembali membimbing pasukan itu pada masa hadapan.

"Ya saya pernah berkata suatu hari nanti saya berhasrat untuk kembali dan membimbing Roma, tetapi pada masa ini ia terlalu awal malah saya tidak pernah dihubungi oleh kelab tersebut untuk berbincang tentang hal ini," tegasnya lagi.

Ketika bersama Chelsea, Ancelotti telah mengemudi mereka kepada kejuaraan Liga dan Piala FA pada musim pertamanya tetapi berakhir tanpa sebarang pingat atau piala dalam musim kedua.

Ia membawa kepada pemecatannya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan